Friday 26 June 2020

TOPIK 7 : PENGURUSAN SUMBER

PENGENALAN PENGURUSAN SUMBER

Rajah 1 : Perpustakaan

Pengurusan sumber amat penting bagi sebuah institusi pendidikan dan sebagainya. Hal ini, pengurusan sumber merupakan salah satu tempat atau medium rujukan untuk mencari maklumat. Menurut (Buck, 2010) pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih entiti untuk tujuan meneyelaras dan mengharmonikan kumpulan tersebut bagi mencapai misi dan matlamat sebuah organisasi atau kumpulan.

Sumber pula membawa maksud, sesuatu yang menjadi rujukan untuk kesahihan sesuatu maklumat atau carian. Selain itu sumber juga boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Sumber juga boleh diklasifikasikan sebagai bahan atau tenaga yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu. Oleh itu sumber digunakan oleh manusia secara langsung dalam kehidupan dan adea kaitan juga dengan pengurusan. Menurut AECT (Association for Educational Communication and Technology) 2008, meliputi sumber yang dapat digunakan oleh pelajar baik secara terpisah mahupun dalam bentuk gabungan, biasanya dalam situasi informasi untuk memberi kemudahan belajar.

Oleh itu, pengurusan sumber boleh ditakrifkan sebagai bagaimana manusia mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan fakta, membuktikan kesahihan sesautu fakta dan menyatakan kebenaran agar tidak tersasar dari maksud sebenar maklumat tersebut. Pusat sumber pula ialah tempat,perkhidmatan,koleksi bahan untuk pembelajaran dan juga agen rujukan para pelajar dan guru.


KOMPONEN PENGURUSAN SUMBER

Rajah 2 : Senarai komponen dalam pengurusan sumber

Terdapat 6 komponen dalam pengurusan sumber :

·         Pengurusan Sumber Manusia
·         Pengurusan Kewangan
·         Pengurusan Pusat Sumber
·         Pengurusan Infrastruktur
·         Pengurusan Sumber Pengajaran & Pembelajaran

PENGURUSAN PUSAT SUMBER

"Pusat sumber sekolah merupakan satu pusat yang memuatkan koleksi maklumat dan sumbersumber ilmu dahulu dan kini untuk digunakan oleh pelajar. Pusat Sumber juga merupakan satutempat untuk mengakses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikandalam bentuk bahan bercetak, bukan bercetak dan digital. Pusat sumber perlu diurus secarasistematik agar dapat menarik minat pelajar dan bertujuan untuk memupuk tabiat membaca danpembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan".


OBJEKTIF PUSAT SUMBER

·       Membantu pelajar menggunakan bahan-bahan pelajaran tambahan untuk tambahan ilmu pengetahuan mengenai sesuatu subjek.
·       Memupuk kemahiran menggunakan bahan pusat sumber
·       Memupuk dan menanamkan tabiat gemar membaca dan menyelidik
·       Membantu guru-guru memilih dan mendapatkan bahan-bahan untuk pengajaran
·       Membantu memupuk dan mengembangkan bakat dan kebolehan pelajar berdasarkan minat


FUNGSI PUSAT SUMBER

·           Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum
·       Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran
·       Tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan
·       Penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat
·       Pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri
·       Penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan


LANGKAH PEMBENTUKAN PSS YANG BERKESAN

·           Penubuhan AJK dan pelantikan kaki tangan.
·       Latihan dan bengkel untuk kaki tangan
·       Pengurusan kemudahan fizikal dan keceriaan
·       Orientasi dan penerangan kepada pelanggan
·       Mengemaskini rekod pengurusan (Koleksi)
·       Penyemakan stok dan penyediaan laporan tahunan


CIRI-CIRI PUSAT SUMBER YANG BERKESAN

·          Warga sekolah tahu dan kenal pengurus PSS
·       Terdapat pelbagai aktiviti galakan dan penggunaan PSS
·       Perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam proses PdPc
·       Lokasi di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dikunjungi
·       Warga sekolah faham peranan PSS sebagai pusat khidmat kurikulum


KOMPONEN PEMBELAJARAN BERASASKAN SUMBER

·       Buku teks
·       Aktiviti Penelitian
·       Pencarian bahan dari pelbagai sumber
·       Latihan penyelesaian masalah
·       Penggunaan alat pandang dengar


KEPENTINGAN PENGURUSAN SUMBER

·       Merangsang minat pelajar
·       Menyediakan pengalaman sebenar
·       Melibatkan pelajar belajar secara aktif
·       Memberi peluang kepada pelajar untuk mencari maklumat


CARA PENGGUNAAN SUMBER

·       Sesuai dengan situasi pembelajaran
·       Merancang penggunaan sumber pembelajaran
·       Membimbing pelajar menggunakan sumber pembelajaran berpusatkan murid


ULASAN ISU 


"Keratan akhbar di atas menerangkan tentang Pusat Sumber di SMK Dato' Sagor yang mempunyai kelengkapan perpustakaan utama yang dikenali sebagai Pustaka Tun Sri Lanang dan sembilan lagi pusat sumber satelit yang menyeiakan kemudahan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Pengetua SMKDS turut berkata bahawa PSS memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi tahap PdP serta pencapaian akademik. Hal ini dikatakan demikian kerana pusat sumber dijadikan tempat untuk memperoleh, menghasilkan, mengurus dan mengedarkan bahan rujukan yang diperlukan oleh guru dan pelajar. Selain itu, kemudahan PSS seperti ruang santai juga dapat memupuk sikap saling menyayangi dan menghormati antara guru dan pelajar. Buktinya, guru, pelajar dan kakitangan sekolah menggunakan ruang santai untuk melakukan permainan interaktif, tradisional dan juga menyanyi serta pidato. Alat bantu belajar yang disediakan di PSS juga memudahkan pelajar untuk mencari rujukan".

        Jelaslah bahawa PSS ini amat penting untuk ditubuhkan di sekolah kerana ia dapat meningkatkan kualiti pendidikan serta IQ pelajar. Oleh itu, semua sekolah wajib mewujudkan sebuah PSS untuk memastikan sesi PdPc berjalan dengan lancar, ceria, interaktif dan menarik.